Khamis, 11 Mei 2017

JOURNEY TO NO MORE SEMBELIT

Assalamualaikum..pelik tak pelik blog kak cah kembali kosong.dulu rajin tulis blog lepastu masuk Universiti terus jadi malas.Sekarang dah habis baru nak rajin balik kahkah..Post dulu lama dah padam.follower pun dah lari khen tapi takpa kak cah suka je nak membebel biar takde orang peduli pun kahkah.Kak cah dah 2 tahun jadi Distributor Shaklee tau tapi baru ni nak berblog sebab kacah rasa ramai je yang sejenis suka google macam kak cah secara random-random demi nk mendapatkan jawapan seperti contoh **macam mana nak mudah berak setiap hari** **solusi sembelit** **pengalaman sembelit** dan sewaktu dengannya.yelah google senang dapat jawapan.kalau dari Fb awak tak kawan dengan kak cah awak tak tau kakcah jula supliment yang boleh hilangkan masalah awak.kalau awak tak baca post kak cah di Fb atau taksub dengan kakcah hingga sanggup skodeng FB kak cah hari-hari pun awak takkan dapat juga jawapan kepada masaklah awak.maka kak cah aktif berblog dengan harapan geng-geng sembelit kakcah boleh bahagia macam kak cah sekarang muahahah ok lets start reading my story! :-)

seIngat lagi sebelum jumpa shaklee berbelas tahun kak cah hidup bertemankan masalah sembelit.masuk tandas je nangis,nangis je mesti sebab masuk tandas haha.tak berak 3-5 hari tu normal tau.
..
pernah kak cah ikut member pergi rumah abang di ke kl-2-3 hari duduk sana.balik dari KL kak cah ke kuantan pulak duduk rumah acu seseminggu dua.akibatnya 2 minggu tu lah kakcah takleh berak.perut dah buncit tahap tak muat nak butang seluar tapi takde tanda-tanda nak nyahtinja.
..
lepas habis stpm acu ajak duduk rumah acu.dari 5 minit sebelum nak ke rumah acu perut dah rasa sakit tapi takde tanda-tanda nak membuang jadi pasrah je tau pergi kuantan.start dari first day jejak kaki rumah acu tak membuang-buang.sedr tak sedar sebulan tak membuang.perut dah tegang tau simpan ehem.tengok nasi pun tak lalu.nasib lepas sebulan tu dia datang sakit gila-gila maka berjaya jugak keluar.dalam 6 bulan kot duduk rumah acu.memang tabiat membuang 4-12 hari sekali.taktau la kenapa usus pasif sangat.sampai acu pun risau beli ubat macam-macam suruh makan.
..
Satu hari tu kak cah nak pergi kerja,tiba bangun tidur kaki tak rasa apa-apa.kak cah angkat kaki letk atas lantai kak cah jatuh terus macam nangka busuk.lama bertahan urut-urut kaki sampai kaki rasa balik.slow-slow jalan pg bilik air.acu bangun tidur terkejut tengok kita jalan papah dekat dinding.tapi gigih jugak pergi kerja.sebelah kaki kiri jamed tak boleh lurus.masuk hari kedua still tak elok.acu risau sangat terus cakap dekat pakcu bawak pergi berurut.sampai sana makcik tu pegang urat-urat kaki terus dia macam tau apa masalahnya.terus dia urut perut kak cah.perut memang certain-certain tempat kejun,keras terus makcik tu kata ni urat-urat jamed ni sebab usus tersumbat.dia urut-urut bagi perut lembut balik.lepas siap urut dia check cornea mata pulak.pastu dia tunjuk la keadaan mata macam mana.dia kata sembelit memang tahap teruk sebab gelombang yang nampak pada cornea mata tu jelas menunjukkan usus tak sihat.kak cah siap tanya makcik tu kalau selalu jadi macam ni boleh lumpuh ke? dia ketawa pastu cakap jauh lagi nak kearah tu tetapi mungkin boleh.terkejut kita tau..malam tu asyik pikir je pasal poop kita yang dalam usus ni hahha

lepas dari kes tu la mak pun memang concern masalah sembelit kak cah.sampai nak pergi sambung belajar ke UNIMAS tu mak siap bekalkan 2 botol jus delima.pastu 2,3 hari call tanya masalah sembelit.terasa sangat disayangi tauu.masa tu jus delima ni menjadi betul.asal minum je kepussshh je esok pagi.tapi lepas je jus tu tukar packaging kak cah makan dah tak jadi apa.agaknya mungkin ingrident pun dah tukar sebab masa tu jus ni pemesss betul..maka secara tak langsung masalah sembelit kak cah ni pun kembali semula.stress masalah sembelit lagi teruk dari stress masalah assigment tau.

sampailahhh sampaiiii kak cah dah jadi distributor shaklee dan dengar ramai kawan-kawan satu group ni cerita pasal sembelit.pastu ada sorang member tu bagitau dia makan herb lex senang nak membuang.hari-hari kepushh-kepushhh dekat toilet..omakkk kak cah jelessss.pastu sorang lagi masuk cakap yang sama pastu masuk lagi sorg bagi testimoni cust-cust yang dah cuba.omakkkk..eksited kak cah tau..dapat ptptn sem ke 4 kak cah balun beli HERB-LEX.sebelum try herb lex ni kak cah dah makan set kulit full set,sebelum daftar ahli lagi memang kita dah makan.biasa lah kan..perempuannn katekoww..biar sembelit i kritikal pun yang utama ingat nak cantik dulu,beli set kulit cantik dulu haha.dengar orang bukak cerita pasal masalah sembelit diorang yang dah berakhir tu baru kakcah ni ni tmbul kesedaran nak jugak la menyelesaikan masalah sembelit kak cah.


HERB-LEX ni cara makannya dalam seminggu tu 2 atau 3 kali je.tapi first day kakcah try esok pagi dalam pukul 10 macam tu perut kak cah memulas dah.bersimpang siur kaki melangkah nak sampai ke tandas.dapat duduk terus purrrrr je tauu..ya allahh..tak pernah rasa nikmatnya masuk tandas macam tu sekali.rasa macam dalam body ni betul-betul bersih.otak rasa macam lapang,perasaan dia macam ayam baru menetas.rama-rama baru keluar kepompong.rasa macam selama ni hidup terkurung harini aku bebas..ya aku bebasssss.

Tanpa sedar kak cah jadi addict makan HERB-LEX.kak cah pergi makan hari-hari.Herb lex ni style dia membuang secara natural tau.takde la macam style makan ubat kurus ke apa.jadi kak cah makan sebelum tidur pagi esok bangun rileks je tak rasa apa-apa tapi 3-5 jam lepas bangun tu secara natural rasa nak membuang tu datang.wajib pergi tandas.tak boleh simpan buang malam ke esok ke haha.jadi biasa waktu pagi ni kakcah memang ada kuliah.memang tahap kak cah wajib la minta kebenaran pergi tandas.sampai 1 hari kena la dewan kuliah jauh sikit dari toilet.tiba dia datang perasaan ayakkk--silang kaki tepuk kepala.otak cuma dapat proses ayat ***nak berak nak berak** dah la masa tu lect ni tengah marah-marah sebab student ponteng kelas.biru muka tahan nak berak tau.dah la lecture kegemaran.memang kak cah tak suka duduk belakang & keluar kalau time dia mengajar.tapi hari tu tengok muka lect tu pun macam kabur-kabur je.punya sakit perut.tanpa fikir panjang kakcah pun angkat kaki laju jalan turun tangga.masuk toilet memang hmmmmmmmmmm...bukan kepusshh je kedebushhhh dah tau.masuk kelas selang 5 minit sakit balik ulang balik ke tandas. dalam setengah jam pertama kelas kak cah dah masuk tandas 3 kali.berpeluh dahi.nak bernafas pun tak larat punya penat membuang haha..balik rumah research baru tau kakcah jadi macam tu sebab overdose ambil herb lex haha.Dari hari tu la kak cah concern cara makan herb lex yang betul.Bagusnya HERB-LEX ni sebab dia oganik lebih dos pun tak ada side effect melainkan kak cah membuang 3 kali berturut-turut tu je la haha.tapi lepas dari 3 kali tu ok je.Hasilnya kakcah berjaya membuang macam manusia normal yang lain.maka sejak dari tu mak pun dah berhenti tanya pasal sembelit sampai la sekarang.

Sampai sekarang kak cah memang jatuh cinta dengan Herb lex.Even kalau adik-adik cerita tentang kawan diorang ada masalah sembelit ke apa kak cah memang akan eksited dan cepat-cepat suggest dekat adik bagitau kawan dia suruh cuba Herb lex.Sebab kak cah dah rasa derita sakit sembelit tu macam mana dan macam mana nikmatnya dapat membuang secara normal.hihi

awak kalau ada masalah sembelit jangan malu-malu.
whatsapp je kak cah ok kak cah sedia membantu :-)

AISYAH SHAKLEE

019-9271173

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mari berkomeng-komang.. <3